KONVENSYEN NUNJI 2021

Pandemik Covid-19 mendedahkan pelbagai kebobrokan dan perangai buruk politikus, ditambah dengan ketempangan sistem sedia ada dan sokongan sebahagian agamawan terhadap kerajaan tanpa mandat menambah buruk situasi semasa dan mengheret negara ini jatuh menjunam ke gaung bahaya.
Keadaan rakyat kini semakin parah dihimpit polisi – polisi separuh masak kerajaan tanpa mandat, di satu sudut lain isu ekonomi dan kelangsungan hidup menjerut leher mereka. Rakyat terbanyak kini hanya berdepan dengan dua kemungkinan; sama ada mati dijangkiti wabak atau mati kelaparan dalam keadaan kerajaan tanpa mandat hanya mampu melihat tanpa sebarang daya melakukan apa – apa.
Keadaan politik, ekonomi yang kesihatan yang genting ketika ini, apakah penyelesaian terbaik yang dapat dikemukakan berdasarkan kerangka Maqasid Syariah?

OBJEKTIF
Objektif I Mempromosikan konsep Maqasid Syariah sebagai solusi bagi permasalahan semasa.
Objektif II Medan perbincangan gerak – kerja islah terhadap masalah negara yang semakin rosak dari hari ke hari disebabkan oleh kerajaan tanpa mandat.

TEMA
“Pandemik Global dalam Perspektif Maqasid Syariah: Pengalaman Malaysia”

TARIKH, MASA & TEMPAT
31 Ogos 2021 Hari Selasa (8.00 Pagi – 1.00 Tengahari)

MEDIUM
Dalam talian (Zoom)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *